Translate

Monday, November 9, 2015

INFO : Kes hakim dan peguam dihadapkan ke mahkamah

Bekas Majistret Kuala Krai, Kelantan, Mohd. Firdaus bin Ramlan dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda RM40,000 selepas didapati bersalah pertuduhan meminta rasuah RM5,000 dan menerima rasuah RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu pada 3 Oktober 2010.

Hakim  Mahkamah Tinggi  Syariah  Perak, Hassan Basri Shapie dijatuhi hukuman penjara 19 tahun dan denda RM210,000 selepas didapati bersalah atas tujuh tuduhan rasuah oleh Mahkamah Sesyen Ipoh pada 14 Disember 2010.

Ketua Pendakwa Syarie Perak, Shahrunnazri Abdul Samad dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan denda RM55,000 selepas didapati bersalah atas  empat pertuduhan meminta dan memperoleh suapan sebagai dorongan untuk tidak meneruskan pertuduhan atas satu kes khalwat oleh Mahkamah Sesyen Ipoh pada 13 Februari 2012.

Bekas peguam, N. Pathmanathan dan tiga tertuduh lain dijatuhi hukuman mati mandatori selepas didapati bersalah membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yg lain oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Mei 2013.

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Adam Tumiran dan pasangannya, Nurul Izani Md Isa dibebaskan daripada pertuduhan khalwat oleh Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang pada 21 November 2014.

No comments:

Post a Comment