Translate

Tuesday, November 24, 2015

Peguam Alvin Tan tarik diri

KUALA LUMPUR – Peguam Chong Joo Tian dan William Siaw Vui Leong menarik diri daripada mewakili blogger kontroversi, Alvin Tan Jye Yee, 27, dalam kes dia bersama bekas teman wanitanya, Vivian Lee May Ling, 26, yang dituduh menerbitkan gambar dan komen menghasut serta mengguris perasaan umat Islam di Mahkamah Sesyen di sini semalam.
Joo Tian memberitahu Hakim Abdul Rashid Daud, keputusan itu dibuat selepas tertuduh pertama tidak menghubungi mereka sejak melarikan diri untuk mendapatkan perlindungan di Amerika Syarikat pada September 2014.

Berdasarkan pertuduhan, ke­­dua-dua tertuduh dengan niat bersama telah menerbitkan gambar mereka sedang menikmati makanan tradisi Cina, bak kut teh dengan kapsyen ‘Selamat Berbuka Puasa  (dengan bak kut teh... wangi, enak, menyelerakan) dan mengandungi logo sijil pengesahan halal Jakim pada Facebook Alvin dan Vivian-Alvavi pada 12 Julai 2013.

Alvin dan Vivian didakwa mengikut Subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau ke­dua-duanya jika sabit kesalahan.

Hari pertama perbicaraan kes tersebut semalam hanya dihadiri Vivian yang memakai cermin mata dan berpakaian baju kemeja berwarna putih.

No comments:

Post a Comment