Translate

Monday, November 9, 2015

Dua LRA baharu tampung permintaan air di Selangor

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA LUMPUR - Dua loji rawatan air (LRA) baharu iaitu LRA Semenyih 2 dan LRA Labohan Dagang akan dibina pada tahun hadapan bagi memenuhi keperluan air bersih di Lembah Klang.
Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, tender bagi kedua-dua insfrastruktur air itu yang dianggarkan menelan belanja RM800 juta itu masing-masing akan dikeluarkan pada Mac dan Jun 2016.
"Pembinaan LRA Semenyih 2 dan LRA Labohan Dagang bertujuan untuk menampung keperluan air bersih teruta bagi tempoh kritikal iaitu tahun 2017 dan 2018.
"Ia berikutan projek Langat 2 yang sepatutnya siap dua tahub lagi dijangka menghadapi kelewatan sehingga 2019," katanya selepas melakukan lawatan kerja di Ibu Pejabat Syarikat Air Selangor (Syabas) di sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment