Translate

Friday, November 13, 2015

Eksekutif jualan barangan kemas dituduh rasuah

Oleh MOHD. AZLI ADLAN
online@kosmo.com.my
KUALA LUMPUR - Seorang eksekutif jualan barangan kemas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lapan pertuduhan menerima rasuah daripada sebuah syarikat pembekal batu permata pada kira-kira tiga tahun lalu.
Lai Siew Moy, 46, dari Subang Jaya, Selangor dituduh menerima suapan berjumlah RM167,087 berupa sebutir berlian bernilai RM88,421 dan wang tunai RM78,666 daripada Nikel Maheskumar Parikh dari 23 November 2012 hingga 26 Oktober 2013.
Berdasarkan kertas pertuduhan, suapan tersebut merupakan dorongan bagi membolehkan Nikel Maheskumar Parikh membekalkan berlian kepada majikan tertuduh, Elegance Club (M) Sdn. Bhd. yang merupakan syarikat menjual barangan kemas premium kepada orang kenamaan termasuk kerabat diraja.
Siew Moy tidak diwakili peguam mengaku tidak bersalah di atas kesemua pertuduhan di bawah Seksyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama.
Jika sabit kesalahan, hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda sekurang-kurangnya lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mana yang lebih tinggi boleh dikenakan.
Hakim Mohd. Nasir Nordin membenarkan tertuduh dibebaskan dengan wang jaminan RM25,000 dan seorang penjamin serta menetapkan sebutan semula kes pada 14 Disember depan.

No comments:

Post a Comment