Translate

Monday, February 10, 2014

Mati lemas di rumah MB Selangor

SHAH ALAM - Keseronokan seorang kanak-kanak perempuan mengunjungi kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Bukit Megawati, Seksyen 7 di sini kelmarin berakhir tragedi selepas mangsa mati lemas di kolam renang.
Kejadian berlaku pada pukul 4.50 petang ketika Amanda Danisya Mohd. Rauf, 6, mengikut ibu bapanya yang merupakan pekerja syarikat penyediaan makanan ke kediaman tersebut.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, sewaktu kejadian, ibu bapa mangsa bersama pekerja-pekerja lain sibuk menghidang makanan bagi program sambutan Tahun Baru Cina anjuran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Kesempatan itu diambil mangsa berjalan-jalan di sekitar kediaman rasmi itu termasuk bermain-main di tepi kolam renang sebelum dipercayai tergelincir," kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Menurut beliau, selepas tergelincir ke dalam kolam, mangsa menjerit meminta pertolongan sebelum didengari oleh salah seorang rakan sekerja ibu bapanya.

Azisman memberitahui, rakan sekerja bapa mangsa terus terjun ke dalam kolam untuk menyelamatkan kanak-kanak itu.

"Ketika diselamatkan mangsa masih bernyawa namun dilaporkan berada dalam keadaan tenat," katanya.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang oleh ambulans tetapi disahkan meninggal dunia semasa sampai di hospital tersebut.

No comments:

Post a Comment