Translate

Monday, February 10, 2014

Mangsa tiada masalah kesihatan

KLANG - Peserta konvoi berbasikal,  Shariful   Mazlan   Mahasan , 34, yang meninggal dunia di Putrajaya semalam merupakan individu yang tidak mempunyai masalah kesihatan.

Bapa saudaranya, Ishak Mohd. Son, 60, berkata, anak sulung daripada lapan beradik itu mula menceburi sukan berbasikal selepas berkahwin kira-kira lapan tahun lalu.

"Dia memang minat berbasikal dan selalu berkonvoi dengan kawan-kawannya," katanya ketika ditemui di rumah keluarga mangsa di Kampung Sementa, Kapar di sini semalam.

Ishak memberitahu, sebelum kejadian, Allahyarham tiba-tiba berubah dengan tidak menegur sesiapa termasuk dirinya sewaktu kali terakhir bertemu pada Jumaat lalu.

Jenazah  Shariful   Mazlan  akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Sementa hari ini.

Mangsa meninggalkan seorang isteri, dua anak perempuan dan lelaki berusia tujuh dan tiga tahun.

No comments:

Post a Comment