Translate

Sunday, February 9, 2014

1,451 peniaga dikompaun

Oleh MOHD. AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my

SHAH ALAM - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengeluarkan 1,451 kompaun terhadap peniaga yang melakukan pelbagai kesalahan seperti gagal meletak tanda harga dan menggunakan penyukat tidak tepat sejak Ops Harga 2014 dilancarkan 1 Januari lalu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk  Hasan   Malek  berkata, ia termasuk 51 kompaun yang dikeluarkan menerusi pemeriksaan di 6,522 premis perniagaan di seluruh negara kelmarin.

"Sejak 1 Januari lalu, sebanyak 1, 451 kompaun yang berjumlah RM90,700 telah dikeluarkan kepada peniaga yang menyalahi peraturan ditetapkan KPDNKK di seluruh negara.

"Ia merangkumi kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (1034 kes), Akta Timbang dan Sukat 1972 (404 kes), Akta Perihal Dagangan 2011 (sembilan kes) dan Akta Perlindungan Pengguna 199 (empat kes)," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan logo baharu Koperasi Serbaguna Anak-Anak Selangor Berhad ( Kosas ) di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini semalam.Turut hadir Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Datuk Nik Ali Mat Yunus dan Pengerusi  Kosas , Datuk Mohd. Aini Taib.

Hasan  berkata, sehingga kelmarin, sebanyak 144,026 premis seperti pasar tani, gerai makan, restoran dan pasar raya besar di seluruh negara telah diperiksa.

Menurut beliau, barangan niaga berjumlah RM206,119 juga dirampas daripada peniaga yang melanggari peraturan tersebut sepanjang Op. Harga.

"Perak mencatatkan kes tertinggi dengan 289 kes, diikuti Sabah (249), Selangor (170), Kelantan (122) dan Terengganu (89).

"Sementara itu, Putrajaya pula mencatatkan kes paling sedikit iaitu hanya lapan, Labuan (16) dan Kedah (30)," katanya.

No comments:

Post a Comment