Translate

Wednesday, February 26, 2014

40 gerai baharu Hot Burger Malaysia dibuka di Selangor

KLANG  - Dunia Sahabat Enterprise (Dunia Sahabat) menerusi rangkaian makanan segera,  Hot   Burger  Malaysia melebarkan operasi di Selangor menerusi pembukaan 40 gerai baharu baru-baru ini.

Pengarah Dunia Sabahat, Wan Hafizol Wan Omar berkata, antara lokasi gerai  burger  baharu tersebut ialah di Shah Alam,  Klang , Jenjarom, Banting, Pelabuhan  Klang  dan Puchong.

"Kami sudah mempunyai hampir 100 rangkaian  Hot   Burger  Malaysia termasuk 60 gerai yang sedia ada di sekitar Kota Bahru, Kelantan dan Kuala Lumpur.

"Pembukaan 40 gerai baharu di sekitar Selangor ini sejajar dengan sasaran kami untuk meluaskan rangkaian  Hot   Burger  Malaysia kepada 350 gerai menjelang tahun 2017," katanya selepas majlis pelancaran 40 cawangan baharu di Lebuh Tapah di sini semalam.

Turut hadir dua rakan kongsi Dunia Sahabat iaitu Asri Hamid dan Rizal Musa.

Wan Hafizol yang juga pelakon yang popular dengan nama komersial Fizo Omar berkata, Dunia Sahabat turut menyasar untuk memasuki pasaran Johor, Melaka, Pahang dan Pulau Pinang menjelang akhir tahun ini.

Menurut beliau, sejak mula beroperasi September 2012, rangkaian  Hot   Burger  Malaysia yang berkonsepkan gerai bergerak dan kios telah berjaya membantu usahawan menjana pendapatan bersih antara RM2,000 hingga RM10,000 sebulan.

No comments:

Post a Comment