Translate

Sunday, February 23, 2014

Alasan MB lengahkan Projek Langat 2

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor melengahkan projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) dengan alasan mahu melakukan penstrukturan semula pengurusan air di negeri ini dalam tempoh terdekat.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, penstrukturan itu dijangka dapat diselesaikan dalam tempoh dua minggu.

Ujarnya, penambahan air dari Pahang ke Langat 2 juga tidak perlu dilakukan sekiranya masalah pengurusan air di negeri ini tidak diselesaikan.

"Tambahan 1,130 juta liter air sehari yang bakal dibekalkan Pahang di Langat 2 tidak diperlu kerana pengeluaran 5,000 juta liter sehari oleh loji rawatan air sedia ada di negeri ini sudah mencukupi menampung keperluan pengguna di Lembah Klang.

"Penggunaan air Selangor, Kuala Lumpur dam Putrajaya sekitar 3,014 juta liter sehari," katanya selepas merasmikan Sesi Penerangan Perkembangan Isu Air di Selangor di Pusat Konvensyen Shah Alam di sini semalam.

Kosmo! semalam melaporkan, pelbagai pihak menggesa kerajaan negeri Selangiir tidak terus bermain tarik tali berhubung isu pembinaan Langat 2 bagi mengatasi bekalan air bersih yang semakin kritikal di Lembah Klang.

Sementara itu, Pengerusi Barisan Nasional Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, penstrukturan semula pengurusan air di negeri itu tidak boleh dijadikan alasan untuk melengah-lengahkan pembinaan Langat 2 kerana ia merupakan dua isu yang berbeza.

"Kerajaan negeri tidak boleh memberi alasan ini (penstrukturan semula) kerana rakyat di negeri ini kini berdepan kepayahan untuk mendapat bekalan air yang perlu diatasi segera," tegasnya.

No comments:

Post a Comment