Translate

Sunday, February 16, 2014

41 PATI termasuk wanita hamil dicekup kastam Selangor

PELABUHAN KLANG - Cubaan 41 pendatang asing tanpa izin ( PATI ) warga Indonesia termasuk dua wanita hamil menyusup keluar negara ini secara haram selepas mereka dicekup kastam di  muara   Sungai   Langat , Jugra dekat sini pada Ahad lalu.

Pengarah Kastam negeri, Badaruddin Mohamed Rafik berkata, kesemua mereka difahamkan terdesak untuk mengelak daripada diburu dalam Operasi 6P yang dilancarkan secara besar-besaran di seluruh negara baru-baru ini.

"Hasil maklumat diterima, seramai 31 lelaki dan 10 wanita berusia 20-an hingga 50-an ditahan ketika bot kastam berjaya memintas sebuah bot kayu berukuran 15 meter di  sungai  tersebut.

"Turut ditahan seorang tekong dan dua awak-awak yang juga warga Indonesia, masing-masing berusia 40-an dan 30-an," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Ujarya, hasil pemeriksaan mendapati ketiga-tiga lelaki iaitu tekong dan awak-awak bot kayu itu tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah manakala 38 individu lain dipercayai menyalahguna pas lawatan untuk bekerja di negara ini.

Menurut beliau, dua wanita sedang sarat hamil difahamkan mahu pulang ke negara asal bersama suami masing-masing dan kesemua mereka direman selama tujuh hari sehingga Ahad ini.

 Kata badaruddin, kes itu disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Manusia dan Anti Penyeludupan Migran 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

"Ia juga disiasat mengikut Seksyen 5(1) Akta Imigresen 1959 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan," katanya.

Operasi 6P fasa dua yang dilancarkan Kementerian Dalam Negeri sejak 21 Januari lalu telah berjaya mengusir 3,000 warga asing yang memasuki negara ini secara haram.

No comments:

Post a Comment