Translate

Saturday, February 22, 2014

Berita jenayah penuh nilai kemanusiaan tarikan beli Kosmo!

MENYENTUH HATI. Paparan berita jenayah yang menerapkan nilai-nilai kemanusiaan menjadi tarikan kepada  Norain   Afira  Mohd. Noh, 22, untuk menatap akhbar Kosmo! setiap hari.

Kakitangan sebuah syarikat swasta itu memberitahu, pendekatan tersebut menjadikan laporan berkenaan segar untuk dibaca selain memudahkan pembaca mengambil pengajaran di sebalik sesuatu tragedi dan perbuatan jenayah yang berlaku.

"Berita jenayah dan mahkamah tidak sepatutnya digambarkan sebagai indikator peningkatan kadar jenayah tetapi sebagai medium bagi membuatkan pembaca mengambil iktibar," katanya ketika ditemui semalam.

Sementara itu, juruwang kedai serbaneka di Seksyen 7, Shah Alam, Mohd. Fadzi Omar berkata, akhbar Kosmo! di premisnya merupakan antara akhbar yang paling cepat habis hampir setiap hari.

No comments:

Post a Comment