Translate

Thursday, September 5, 2013

Dua beradik diberkas polis, disyaki anggota kongsi gelap

IPOH - Dua beradik yang juga anggota kongsi gelap 04 diberkas polis kerana disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah di sebuah rumah di Assam Kumbang, Taiping dekat sini pada Isnin lalu.
Dua lelaki berkenaan yang masing-masing berusia 19 tahun dan 22 tahun berasal dari Aulong, Taiping ditahan bersama dadah jenis heroin, syabu dan Eramin 5 bernilai RM150,000.
Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, remaja berusia 19 tahun yang bekerja sebagai operator kilang tersebut ditahan ketika sedang memasuki sebuah rumah yang dipercayai dijadikan markas pengedaran dadah.
“Pemeriksaan dalam beg milik suspek menemui satu paket plastik yang disyaki mengandungi dadah jenis heroin seberat 230 gram.
“Serbuan dilakukan di dalam rumah terbabit yang kemudiannya berjaya memberkas abang suspek pertama yang merupakan seorang tukang cat,” katanya pada sidang akh bar di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Perak di sini hari ini. - KOSMO!

No comments:

Post a Comment