MOHD. AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my
IPOH - Perak dijangka menerima pelaburan asing me nerusi pengembangan operasi syarikat luar yang sedia ada bertapak di negeri tersebut berjumlah RM1.7 bilion men jelang akhir tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pem bangunan Koridor negeri, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khaled berkata, penambahan pelaburan dari firma asing dalam sektor berasaskan getah, elektronik dan sumber asli tersebut merupakan perkembangan yang positif.
“Ia membuktikan kepimpinan dan kestabilan politik negeri dan negara diyakini pelabur luar,” katanya selepas me rasmikan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Nihon Superior (M) Sdn. Bhd. di Zon Perdagangan Bebas Jelapang Dua, Silibin di sini semalam.
Turut hadir Presiden Nihon Superior Co. Ltd., Tetsuro Nishimura, Pengerusi Lembaga Pengarahnya, Toshiro Nis himura dan Ketua Eksekutif Invest Perak, Datuk Mu hammad Hafni Ibrahim.
Mohamad Zahir berkata, pembukaan Pusat R&D oleh Nihon Superior yang merupakan syarikat pengeluar produk berasaskan logam yang berasal dari Osaka, Jepun itu adalah satu contoh pengembangan pelaburan firma asing ke Pe rak.
Tambah beliau, pusat yang dilengkapi kelengkapan cang gih seperti mikroskop pemgimbas elekron (SEM), penguji keteguhan, relau elektrik dan ketuhar udara bernilai lebih RM1 juta tersebut dibina berikutan peningkatan permintaan pelanggan syarikat berkenaan di pasaran Asia Tenggara.
Dalam perkembangan sama, Mohamad Zahir membe ritahu setakat enam bulan pertama tahun ini kerajaan negeri Perak melalui Invest Perak telah meluluskan pelaburan baru asing berjumlah RM650 juta.
Tambah beliau, antara sektor yang terlibat dalam pe laburan yang baru diterima itu ialah pengangkutan, getah dan elektronik.
“Antara faktor menarik firma asing melabur di Perak ialah kemampuan kita menyedia modal insan berkemahiran tinggi mengikut permintaan industri mereka.
“Ia berikutan kerjasama stragetik kerajaan negeri Perak bersama beberapa institusi pengajian tinggi dan institusi kemahiran seperti Pusat Latihan Teknologi Tinggi (Adtec) Kamunting, Taiping sejak beberapa tahun lalu,” katanya.
No comments:
Post a Comment