IPOH - Mahkamah Sesyen di sini diberitahu bekas Exco Perak, Jamaluddin Mohamed Radzi tidak mengambil wang rasuah yang cuba disogokkan kepadanya.
Saksi keenam pendakwa, Mohamad Imran Abdullah, 34, berkata, sebaliknya wang tunai RM5,000 tersebut diminta diberi kepada seorang lagi tertuduh, Usaili Alias yang turut berada di pejabat Jamaluddin di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini semasa pertemuan pada 14 Ogos tahun lalu.
"Sebelum itu, saya dibawa Usaili dan Ruslan Sahat untuk berjumpa Jamaluddin bagi mendapatkan sokongan memudahkan kelulusan projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar.
"Saya juga diminta Ruslan menyediakan wang tunai RM5,000 untuk diberi kepada Jamaluddin pada pertemuan tersebut tetapi dia tidak ambil dan minta wang itu diserahkan kepada Usaili," katanya.
Dia berkata demikian pada perbicaraan hari kelima berhubung kes rasuah berkaitan projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar membabitkan dua bekas Exco, Jamaluddin yang juga ADUN Behrang; ADUN Changkat Jering, Mohd. Osman Jailu; bekas ADUN Bota, Usaili; Ruslan, 47, dan dua yang lain.
Bagaimanapun lapan pertuduhan rasuah membabitkan Ruslan digugurkan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh berikutan kematian tertuduh pada 3 Ogos lalu.
Mohamad Imran berkata, sepanjang pertemuan dengan Jamaluddin yang turut dihadiri Ruslan, dia ditemani seorang pegawai Badan Pencegah Rasuah (kini dikenali Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) (SPRM), Norliza Mokthar yang menyamar sebagai kekasihnya.
Terdahulu, dia yang merupakan Pengurus Projek Imbangan Damai Sdn. Bhd., sebuah syarikat pembinaan memberitahu, dia diminta seorang pegawai BPR, Firdaus Idris bagi membantu menyelesaikan kes rasuah tanah di Perak Tengah dekat sini yang disyaki melibatkan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Perbicaraan bersambung hari ini.
SELOKA BILA WAKIL RAKYAT BERTUANKAN KRONI DAN SUKU SAKAT
ReplyDeleteBila Wakil Rakyat Bertuankan Kroni dan Suku Sakat,
Orang kampung menderita
Orang kampung makin ditindas
Orang kampung dianaktiri
Orang kampung susah nak makan
Orang kampung pun mula dok yakin…
Bila Wakil Rakyat Bertuankan Kroni dan Suku Sakat,
Rakyat hilang tok wakil
Rakyat jadi kacau bilau
Rakyat mula hentam kerajaan
Rakyat mula naik marah
Rakyat juga sakit hati
Rakyat mula buat onar
Rakyat hilang keyakinan
Rakyat dok nok pakoh parti lagi…
Bila Wakil Rakyat Bertuankan Kroni dan Suku Sakat,
Mahasiswa pulak sakit hati
Mahasiswa lancar demonstrasi
Mahasiswa makin radikal
Mahasiswa makin lantang bersuara
Mahasiswa pulak hentam kerajaan
Mahasiswa jadi kroni pembangkang
Mahasiswa dok nok kerajaan lagiiiii…
Bila Wakil Rakyat Bertuankan Kroni dan Suku Sakat,
Orang parti pun mula marah
Orang parti dok leh projek
Orang parti sakit hati
Orang parti angkat kaki
Orang parti pun dok nok kerajaan
Orang parti pun nok masuk pembangkang....
Bila Wakil Rakyat Bertuankan Kroni dan Suku Sakat,
Kerajaan BN pun akan BE END……..
PENA BERAPI: PRU 13 UMNO BEBAS
‘Wakil Rakyat Bertuankan Kroni dan Suku Sakat’
http://mohfas7.blogspot.com