Translate

Tuesday, August 2, 2022

Pekerja pasar maut kemalangan, motosikal rempuh Perodua Kelisa

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Perjalanan seorang pekerja pasar ke tempat kerja berakhir dengan tragedi apabila motosikal Honda EX5 dinaikinya terlibat dalam kemalangan di Kampung Bukit Bayas di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 6.30 pagi tersebut, mangsa, Mohd. Asrol Sulaiman, 33, meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan anggota badan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din berkata, sebelum kejadian, mangsa dikatakan dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Pasar Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di sini.

“Sewaktu tiba di lokasi kejadian yang merupakan laluan berselekoh, motosikal Honda EX5 dinaiki Mohd. Asrol dikatakan tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan.

“Sebuah kereta Perodua Kelisa yang dipandu seorang lelaki berusia 25 tahun gagal mengelak dan terbalik lalu merempuh motosikal mangsa manakala mangsa pula tercampak sejauh beberapa meter,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Abdul Rahim Md Din berkata, mayat Mohd. Asrol telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment