Translate

Tuesday, August 2, 2022

Asnaf meningkat, Maidam beri bantuan sekali bayar

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

HULU TERENGGANU – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) menjangkakan berlaku peningkatan bilangan asnaf fakir misikin dalam kalangan rakyat negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan berkata, ia disebabkan tekanan ekonomi terutama kadar inflasi yang semakin meningkat pada masa ini.

“Setakat hari ini, kadar inflasi sudah 3.4 peratus yang menyebabkan kuasa beli sebahagian rakyat Terengganu terutama yang bekerja kampung semakin menurun.

“Berdasarkan data semasa, bilangan asnaf fakir miskin Terengganu ialah 21,197 orang dan kita jangka ia akan meningkat kepada sekurang-kurangnya 25,000 pada masa terdekat,” katanya selepas menyantuni lima mangsa ribut di Kampung Bukit Kolam, Ajil di sini hari ini.

Sehubungan itu, Ahmad Azrin memberitahu Maidam telah meluluskan peruntukan RM23 juta bagi bantuan sekali bayar kepada keluarga asnaf fakir miskin terbabit.

Jelas beliau, setiap keluarga berkenaan akan menerima bantuan wang tunai antara RM800 dan RM1,000 mengikut bilangan isi rumah.

“Harapan kita agar bantuan ini yang dijangka akan diagihkan pada bulan depan dapat meringankan beban mereka untuk menangani kenaikan harga barangan pada waktu ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment