Translate

Thursday, May 26, 2011

Bina laluan haiwan liar elak kemalangan

LENGGONG - Laluan khas untuk haiwan liar khususnya gajah yang menghuni Hutan Belum dan Hutan Temenggor yang merupakan sebahagian daripada Taman Negeri Royal Belum, Gerik dekat sini akan dibina dalam masa terdekat.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Joseph Kurup berkata, pembinaan laluan khas di sepanjang persisiran Jalan Raya Timur-Barat sepanjang 123 kilometer itu bertujuan untuk memastikan kejadian haiwan liar mati dilanggar semasa melintas jalan raya tidak berulang.

"Kabinet telah beri kelulusan pembinaan laluan khas untuk haiwan liar yang menghuni Hutan Belum dan Hutan Temenggor berikutan kejadian seekor gajah mati dilanggar lori kontena awal tahun ini.

"Kita tidak mahu konflik dengan haiwan liar yang sepatutnya dilindungi ini berulang. Sehubungan itu dua kawasan dikenal pasti untuk pembinaan laluan khas tersebut," katanya selepas melawat Muzium Arkeologi di sini semalam.

2 comments: