Translate

Tuesday, May 24, 2011

Adam catat rekod jalan kaki tanpa henti 324 kilometer

Oleh MOHD.AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my

IPOH - Seorang aktivis kemasyarakatan, Mohd. Adam Prakash Ardae, 39, berjaya memecahkan rekod Malaysia Book of Records (MBOR) dengan berjalan kaki tanpa henti selama 48 jam dari Pandamaran, Pelabuhan Klang, Selangor ke Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini sejauh 324 kilometer (km) semalam.

Beliau yang memulakan perjalanan dari perkarangan Pusat Perkhidmatan MCA Pandamaran pada 10.30 pagi Sabtu lalu tiba di perkarangan bangunan pentadbiran kerajaan negeri Perak itu pada kira-kira 10.30 pagi.

“Sebelum ini, saya pernah berjalan kaki sejauh 270 km tanpa henti dalam tempoh sama dari Kompleks Sukan Pandamaran ke Gopeng pada Julai 2009 yang juga mendapat pengiktirafan MBOR.

“Projek Jalan Kaki 1Malaysia kali ini dijayakan dengan kerjasama Ikatan Relawan Rakyat (Rela) Pelabuhan Klang dan Ketua Pemuda MCA Klang, Dr Ching Eu Boon,” katanya selepas menerima sijil pengesahan MBOR sebaik tiba di perkarangan Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini se malam.

Terdahulu, ketibaan Mohd. Adam disambut oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Belia dan Su kan Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin dan lebih 80 pelajar daripada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Poi Lam di sini.

Sepanjang 48 jam berjalan kaki, antara pekan di Selangor dan Perak yang dilalui Mohd. Adam Prakash sebelum tiba di bangunan Perak Darul Ridzuan ialah Kapar, Kuala Selangor, Sabak Bernam, Simpang Empat, Teluk Intan, Sungai Manik, Tapah, Kampar, Gopeng dan Simpang Pulai.

Penyelia di sebuah kilang di Pelabuhan Klang itu berkata, beliau terpaksa berhadapan dengan cabaran getir sepanjang perjalanan memandangkan cuaca agak terik.

Menurutnya, selain tumit kaki dan kedua-dua belah peha melecit, bibir pecah serta tekaknya bengkak, beliau juga mengalami hilang ingatan sementara ekoran keletihan melampau dan terdedah dengan cuaca panas.

No comments:

Post a Comment