Translate

Thursday, May 26, 2011

Budak 5 tahun ditemui rentung


TAIPING - Seorang kanak-kanak berusia lima tahun rentung setelah terperangkap dalam kebakaran di rumah neneknya di Kampung Aman, Pokok Assam dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, Mohizuddin Mohd. Yunus hanya bersama neneknya, Som Muluk, 83, di dalam rumah terbabit.

Ketua Polis Daerah Taiping , Asisten Komisioner Yusof Mohd. Diah berkata, ibu bapa mangsa tiada di rumah kerana keluar bekerja.

"Jiran-jiran hanya sempat menyelamatkan Som yang keuzuran manakala Mohizuddin gagal dikeluarkan kerana api ketika itu terlalu marak," katanya ketika dihubungi semalam.

Yusuf berkata, mayat mangsa ditemui anggota Bomba dan Penyelamat setelah api dapat dipadamkan kira-kira pukul 11.30 pagi.

Menurut beliau, punca kebakaran masih disiasat biarpun terdapat dakwaan mengatakan ia disebabkan perbuatan Mohizuddin yang bermain mancis.

Jenazah Mohizuddin dibawa ke Hospital Taiping untuk bedah siasat.

No comments:

Post a Comment