Translate

Sunday, May 8, 2011

Perkenal silat peringkat dunia

KAMPAR - Kejohanan Seni Silat Warisan Malaysia yang diadakan pada 11 Jun ini akan menjadi siri dokumentari berkonsep program realiti televisyen yang disiarkan di peringkat antarabangsa,

Penganjur kejohanan tersebut, Jak Othman berkata, dokumentari itu turut merakam persediaan awal sebahagian pasukan yang menyertai kejohanan tersebut yang bakal berlangsung di Universiti Teknologi Petronas, Seri Iskandar.

Buat permulaan, Homeland Frontier Sdn. Bhd. (Homeland Frontier) akan menjelajah di seluruh negara untuk menjejak lapan pertubuhan silat terlibat bermula sejak 29 April yang lalu.

"Ia melibatkan Persatuan Seni Silat Serimau Hitam, Gayung Pattani, Silat Cekak Malaysia, Gayung Pusaka, Anggerik Desa, Gayung Malaysia dan Silat Lincah.

"Selain itu, pasukan 1Malaysia yang dianggotai pesilat pelbagai kaum dan pasukan antarabangsa turut terlibat dalam rakaman dokumentari tersebut," katanya di sini kelmarin.

Terdahulu, Jak yang juga pengarah dokumentari itu menjalani rakaman mengenai Persatuan Seni Silat Serimau Hitam Perak di Kampung Telok Bakong, Malim Nawar dekat sini kelmarin.

Menurutnya, selain persiapan untuk menghadapi kejohanan, rakaman yang dijangka berakhir penghujung Mei ini turut memaparkan sejarah, keunikan dan falsafah setiap satu pertubuhan silat terbabit.

Rakaman dokumentari itu akan berakhir pada akhir bulan Jun ini dan dijangka ditayangkan di Radio Televisyen Malaysia dan beberapa stesen televisyen antarabangsa mulai bulan Ogos depan.

"Dokumentari kejohanan ini mengambil inspirasi rancangan Mahaguru yang saya arah pada 1990-an dahulu," katanya.

4 comments:

  1. abg azmir semakin segak sekarang...

    ReplyDelete
  2. Alongizhamhadi,

    :) geng serimau hitam juga ke?

    ReplyDelete
  3. dulu pernah belajar dgn abg lan & abg nanang selama 5 tahun

    ReplyDelete
  4. masih aktif lagi ye mrk..congrat.

    ReplyDelete