Turut hadir pada majlis bersejarah itu ialah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim; Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan Pesuruhjaya Warisan Malaysia, Prof. Emeritus Datuk Zuraina Majid.
Pada majlis tersebut, Sultan Azlan telah menandatangani plak peringatan yang menyerupai plak pernah dipasang moyang saudara baginda, Sultan Iskandar Shah semasa pembukaan masjid tersebut 73 tahun lalu.
Masjid unik yang mempunyai dinding diperbuat daripada anyaman buluh itu terbiar selama lebih 20 tahun sebelum dipulihara oleh Jabatan Warisan Negara melalui program konservasi pada tahun 2008.
No comments:
Post a Comment