Translate

Monday, May 16, 2011

Tekad pengawal ubah nasib

BOTA - Tekad untuk mengubah nasib diri menjadi perangsang kepada seorang pengawal keselamatan Universiti Teknologi Mara ( UiTM ) Perak menyambung pelajaran ke peringkat diploma.

Setelah bertungkus-lumus selama empat tahun, akhirnya Khairul Kamal Abdul Aziz, 32, berjaya menggenggam diploma Pentadbiran Awam pada Konvokesyen ke-74, UiTM Perak dekat sini semalam.

Khairul Kamal yang sudah 11 tahun berkhidmat sebagai pengawal keselamatan di universiti terbabit berkata, sebelum ini dia tidak berpeluang ke menara gading kerana keputusan Sijil Pelajaran Malaysianya agak sederhana.

"Saya tekad mohon menjalani program diploma secara Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) memandangkan saya bekerja," katanya ketika ditemui selepas menerima skrol diploma pada majlis Konvokesyen UiTM Ke-74 di Dewan Sri Iskandar, UiTM Perak dekat sini semalam.

Turut menemani Khairul Kamal ialah isterinya, Marlilina Razali, 35, dan tiga anak mereka berusia setahun lapan bulan hingga 10 tahun.

2 comments: