Translate

Monday, May 23, 2011

Sibuk tak halang Hazri cemerlang

Oleh MOHD. AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my

IPOH – Kesibukan tugas sebagai Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Politeknik Ungku Omar (PUO) di sini tidak menjadi penghalang kepada Mohd. Hazri Abdan, 22, untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.

Graduan lulusan diploma Kejuruteraan Awam itu dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pengarah Politeknik pada majlis konvokesyen PUO ke-40 di sini semalam.

Mohd. Hazri yang merupakan anak bekas Komandan Kem Pasukan Gerakan Am (PGA), Ulu Kinta dekat sini mencapai keputusan Purata Gred Nilai Kumulatif (PGNK) 3.5.

"Selain menjadi YPD JPP sesi 2009/2010, saya juga mewakili pasukan bola sepak PUO dan bermain di posisi penjaga gol. Bagi saya tak sukar untuk membahagikan antara akademik dan kokurikulum asalkan kita pandai membahagikan masa.

"Apa pun saya komited belajar bersungguh-sungguh setelah diberi peluang kedua melanjutkan pelajaran ke politeknik biarpun keputuan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) agak sederhana," katanya ketika ditemui selepas menerima Anugerah Pengarah Politeknik berkenaan yang disampaikan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Pengajian Tinggi, Datuk Mohlis Jaafar.

Selain Mohd. Hazri, Muhammad Najib Aziz, 22, yang merupakan lulusan Sijil Penyamanan Udara dan Penyejukbekuan turut menerima anugerah tersebut dan mereka masing-masing dihadiahi plak, sijil penghargaan dan sebuah komputer riba.

Mohd. Hazri berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana muda dalam jurusan Kejuruteraan Awam di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

No comments:

Post a Comment