Translate

Friday, August 17, 2018

Allianz Road Rangers bantu 4,000 pelanggan

KUALA TERENGGANU – Per­khidmatan Allianz Road Rangers ditawarkan syarikat pengendali insurans, Allianz General Insurance Company (M) Berhad (Allianz General) telah memberi bantuan kerosakan dan kemalangan kenderaan kepada purata 4,000 pelanggan di seluruh negara setiap bulan sejak ia dilancarkan pada awal tahun ini.

Ketua Bahagian Tuntutan Allianz General, A. Jayapragash berkata, pihaknya juga menerima maklum balas memberangsangkan daripada pelanggan berhubung perkhidmatan bantuan kerosakan dan kemalangan yang beroperasi 24 jam tersebut.

“Perkhidmatan Allianz Road Rangers ditawarkan secara percuma kepada kira-kira dua juta pe­langgan polisi motor komprehensif Allianz di seluruh negara sejak lapan bulan lalu.

“Bantuan diberikan lengkap meliputi daripada proses penghantaran ke bengkel membaiki kende­raan sehingga pemulangan semula kenderaan yang siap dibaiki ke rumah pelanggan,” katanya selepas merasmikan perkhidmatan Allianz Road Rangers di Pantai Batu Burok di sini kelmarin.

Perkhidmatan bantuan percuma itu boleh didapati dengan menghubungi talian bebas tol 1800-22-5542.

No comments:

Post a Comment