Translate

Thursday, April 6, 2017

Wang tunai RM80,000 milik syarikat kejuruteraan dicuri

KUALA TERENGGANU - Sebuah syarikat kejuruteraan di Kampung Padang Landak, Jertih, Besut kerugian RM80,000 selepas beg galas yang menyimpan wang tunai tersebut hilang dari kereta Proton Wira dipandu salah seorang kakitangannya semalam.

Juruteknik terbabit mendakwa beg galas yang diletakkan di bawah tempat duduk penumpang hadapan kereta terbabit telah didapati hilang sewaktu dia selesai membayar bil utiliti di sebuah kedai peralatan elektrik di Jalan Tuan Hitam, Jertih, Besut pada pukul 11 pagi.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, sebelum kejadian, lelaki berusia 28 tahun itu mendakwa dia telah menukar sekeping cek bernilai RM100,000 milik syarikatnya kepada wang tunai di sebuah bank di pekan Jertih.

"Dia kemudiannya memasukkan wang tunai RM20,000 ke dalam sebuah akaun mengikut arahan majikannya. Baki RM80,000 pula disimpan ke dalam beg galasnya yang diletakkan di bawah tempat duduk penumpang hadapan kereta Proton Wira milik syarikat.

"Juruteknik itu kemudiannya membeli toner mesin pencetak dan membayar bil utiliti majikannya di dua buah kedai masing-masing di Jalan Haji Jusoh dan Jalan Tuan Hitam, Jertih, Besut sebelum mendapati beg galas itu telah didapati hilang dipercayai di curi," katanya kepada Kosmo! ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini. 
- K! ONLINE

No comments:

Post a Comment