Translate

Monday, April 3, 2017

Percutian di pulau bertukar tragedi

KUALA TERENGGANU – Keseronokan sembilan sahabat bercuti di Pulau Perhentian, Besut berakhir dengan tragedi apabila salah seorang daripada mereka mati lemas ketika mandi di sebuah pantai di pulau peranginan itu kelmarin.
Mangsa yang maut dalam kejadian pada pukul 3.35 petang ialah Mohd. Amirul Ihsan Sulong @ Alias, 21, manakala dua rakannya, Mohd. Faiq Hazwan Mohd. Hizam dan Khairul Amsyar Jasmine masing-masing berusia 24 tahun yang turut lemas sempat diselamatkan beberapa penduduk kampung.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, mangsa bersama lapan rakannya dari Kemaman tiba di pulau peranginan itu pada pukul 2 petang dan menginap di sebuah calet yang terletak di Pulau Panjang.

“Sebaik tiba di calet, sembilan sahabat itu pergi bermain pantai tidak jauh dari calet mereka.

“Malangnya ketika bermain air, Mohd. Amirul Ihsan dan dua rakannya terpisah dengan enam  rakannya kerana dibawa arus laut,” kata beliau ketika dihubungi Kos­mo! semalam.

Menurut beliau, beberapa penduduk kampung yang menyaksikan tiga mangsa yang terkapai-kapai cuba menyelamatkan mereka.

Katanya, Mohd. Faiq Hazwan dan Khai­rul Amsyar berjaya diselamatkan namun Mohd. Amirul Ihsan berada dalam kea­daan tidak sedarkan diri sewaktu ditemui.

“Pegawai perubatan Klinik Kesihatan Pulau Perhentian kemudian mengesahkan mangsa meninggal dunia,” kata beliau.

No comments:

Post a Comment