Translate

Sunday, October 3, 2021

14 pemandu trak pikap ditahan ceroboh hutan simpan

 

HULU TERENGGANU - Dua hari selepas 13 penunggang motosikal lasak ditahan kerana menceroboh Hutan Simpan Tembat di sini. satu lagi hutan simpan di dae rah ini dimasuki tanpa kebenaran atas alasan beriadah kelmarin.

Kali ini Hutan Simpan Petuang di sini diceroboh 14 pemandu kenderaan pacuan empat roda yang ghairah mahu menikmati keinda han alam semula jadi di kawasan itu untuk menghabiskan cuti hu jung minggu.

Pengarah Perhutanan Terengganu, Roslan Rani berkata, ke semua lelaki yang berusia dalam lingkungan 21 hingga 65 tahun tersebut ditahan dalam serbuan pada pukul 11.30 pagi.

"Sewaktu serbuan dilakukan, mereka sedang berehat di tepl sungai di dalam Hutan Simpan Petuang terbabit.

"Pemeriksaan mendapati kesemua pemandu kenderaan pacuan empat roda berkenaan tidak mem punyai permit untuk memasuki kawasan hutan simpan kekal ber kenaan," katanya di sini semalam.

Roslan berkata, 14 lelaki itu ditahan untuk siasatan lanjut, manakala kesemua kenderaan pacuan empat roda milik mereka yang dianggar bernilai lebih ratu san ribu ringgit juga disita.

Jelas beliau, Jabatan Perhutanan negeri memandang serius. aktiviti menceroboh hutan simpan kekal yang semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.

"Hutan simpan kekal tidak boleh diceroboh sewenang wenangnya bagi apa-apa tujuan kecuali mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa.

"Walaupun mereka memasuki kawasan hutan simpan itu bukan dengan niat untuk mencuri hasil hutan tetapi ia tetap satu kesala han," katanya.

Roslan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 47 (D) (c) Enak men Perhutanan Negara (Pene rimaan-pakal) 1986 Terengganu yang memperuntukkan huku man denda maksimum RM10,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Saturday, October 2, 2021

'Hasrat jumpa ibu tidak kesampaian'

 

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

HULU TERENGGANU - Hasrat seorang suri rumah untuk menziarah ibunya di Dungun ber sama keluarganya tidak kesa mpaian apabila dia maut dalam kemalangan di Kilometer (KM) 380.5, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Ajil di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 10.15 pagi itu, mangsa, Nurshahyda Mohd. Zaki, 29, meninggal dunia di lokasi ke jadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berka- ta, sewaktu kejadian, Nurshahyda bersama suami, Ahmad Rakeymi Hafey Roslam, 29, dan anak mereka, Nur Ammara Safiyya, lima bulan dalam perjalanan ke rumah ibunya di Kampung Tanjung Pagar, Dun- gun dari rumah mereka di Kam- pung Saujana, Setiu.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger dinaiki mereka tiba-tiba dirempuh kenderaan pelbagai guna (MPV), Toyota Estima yang di pandu seorang remaja lelaki berusia 19 tahun.

"Sebelum kejadian, kenderaan Toyota Estima yang di pandu pelajar Institusi penga jian tinggi di Dungun tersebut dikatakan cuba memotong kenderaan Ford Ranger dinaiki mangsa sebelum hilang kawa lan lalu terbabas," katanya di sini semalam.

Mohd. Adli berkata, Toyota Estima dipandu remaja terse but kemudiannya merempuh sisi kiri kenderaan dinaiki Nurshahyda dan keluarganya.

"Mangsa yang berada di tempat duduk penumpang ha dapan meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala, manakala suami dan anak mangsa serta remaja berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Mayat mangsa (Nurshahy da) telah dihantar ke Unit Forensik, Hospital Hulu Terengganu di sini untuk dibedah siasat," katanya.

Mohd. Adli berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Friday, October 1, 2021

13 peminat motosikal lasak ceroboh hutan simpan

 

HULU TERENGGANU - Keghairahan sekumpulan lelaki menguji motosikal masing masing sehingga sanggup menceroboh Hutan Simpan Tembat, Kuala Berang di sini tidak berpanjangan selepas di tahan pihak Jabatan Perhuta nan Terengganu pada Khamis lalu.

Lebih malang lagi, 13 motosi kal lasak pelbagai jenama yang dianggarkan bernilai ratusan ribu ringgit disita agensi berke naan dalam operasi pada pukul 1 tengah hari itu.

Pengarah Perhutanan Terengganu, Roslan Rani berka ta, ketika operasi dijalankan, kesemua mereka berusia 32 hingga 49 tahun sedang me nunggang motosikal lasak ma sing-masing di dalam hutan simpan tersebut.

"Pemeriksaan mendapati mereka tidak mempunyai permit melakukan aktiviti motosi kal lasak daripada Jabatan Per hutanan negeri.

"Hutan simpan tidak boleh dicerobohi sesuka hati dan se barang aktiviti perlu mendapat kebenaran daripada pejabat perhutanan terdekat," katanya di sini semalam.

Menurut Roslan, kes disiasat mengikut Seksyen 47(1) (c) Enakmen Perhutanan Ne gara (Penerimaan-pakai) 1986 Terengganu.

Ujar beliau, hukuman den da maksimum RM10,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali boleh dikenakan sekiranya mereka disabitkan bersalah.