BESUT – Keindahan Pantai Beting Lintang di sini yang menjadi antara tarikan pelancongan di daerah ini kini diibaratkan seperti ‘tapak pelupusan’ akibat dicemari dengan timbunan sampah-sarap.
Kekotoran pesisir pantai tersebut memberi ketidakselesaan kepada orang ramai yang mengunjungi pantai peranginan tersebut untuk bersantai.
Seorang pengunjung, Mohd. Akmal Salleh, 38, berkata, persekitaran pantai berkenaan sebenarnya amat cantik dan mempunyai banyak kedai makan menjual makanan laut seperti ikan, udang dan sotong celup tepung pada harga yang amat berpatutan.
“Bagaimanapun, kegembiraan kami hilang sebaik melihat kawasan pantai yang tidak terurus dengan penuh dengan timbunan sampah-sarap,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.
Seorang lagi pengunjung, Siti Sarah Hashim, 36, menggesa pihak bertanggungjawab agar memantau persekitaran di kawasan Pantai Beting Lintang.
Katanya, potensi tinggi pantai peranginan itu untuk menjadi antara destinasi pelancongan utama di daerah ini hanya menjadi sia-sia sekiranya kawasan berkenaan terus dibiarkan kotor.
“Selain panorama indah menghadap Laut China Selatan dan makanan laut yang murah, Pantai Beting Lintang mempunyai industri ikan bilis tradisional dipelopori masyarakat tempatan,” katanya.
No comments:
Post a Comment