Oleh MOHD AZLI ADLAN
KUALA TERENGGANU – Cuaca baik sejak dua hari lalu membolehkan mangsa banjir di Terengganu hari ini semakin menurun kepada 11,517 orang daripada 2,961 keluarga.
Kesemua mereka masih ditempatkan di 50 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam daerah di negeri ini yang masih terjejas banjir.
Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu berkata, Kemaman masih mempunyai 4,967 mangsa daripada 1,289 keluarga di lapan PPS.
“Seramai 4,554 mangsa daripada 1,140 keluarga pula masih berada di 18 PPS di Hulu Terengganu.
“Sebanyak 16 PPS yang menempatkan 1,478 mangsa daripada 399 keluarga masih dibuka di Dungun,” katanya di sini semalam.
Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu berkata, Kuala Nerus pula mempunyai 274 mangsa daripada 77 keluarga yang berada di empat PPS.
Tambah beliau, seramai 237 mangsa daripada 55 keluarga masih ditempatkan di tiga PPS di Kuala Terengganu.
“Satu PPS yang menempatkan tujuh sekeluarga pula dibuka di Setiu. Kita menjangkakan lebih ramai lagi mangsa banjir akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing hari ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE
No comments:
Post a Comment