Translate

Monday, March 7, 2022

Banjir: Mangsa di Terengganu tinggal 1,840 orang

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Situasi banjir yang melanda Terengganu sejak seminggu lalu semakin memulih hari ini dengan hanya daerah Hulu Terengganu masih terjejas.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu berkata, mangsa yang masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) hanya tinggal 1,840 mangsa daripada 508 keluarga.

“Kesemua mangsa banjir itu berada di 11 PPS di seluruh Hulu Terengganu.

“Dalam pada itu, kesemua empat PPS di Dungun pula telah ditutup secara rasmi pada pukul 11 pagi tadi,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu berkata, seramai 308 mangsa daripada 72 keluarga berkenaan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas banjir surut sepenuhnya.

Banjir besar yang melanda Terengganu pada Jumaat lalu telah menjejaskan hampir 18,000 penduduk dari kesemua lapan daerah di negeri ini.

Kejadian aliran puing membawa sisa timbunan kayu mati, pokok dan sampah turut menjejaskan beberapa perkampungan di Hulu Terengganu. -KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment