Translate

Tuesday, March 8, 2022

Banjir Terengganu semakin surut, mangsa tinggal 2,846 orang

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Situasi banjir yang melanda Terengganu sejak seminggu lalu semakin memulih dengan mangsa yang masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) hanya tinggal 2,846 mangsa daripada 808 keluarga.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu berkata, hanya dua daerah masih terjejas dengan banjir iaitu Hulu Terengganu dan Dungun.

Beliau berkata, kesemua mangsa dari daerah Kemaman, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu pula telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pada malam tadi.

“Setakat ini hanya 16 PPS masih dibuka di dua daerah iaitu Hulu Terengganu dan Dungun.

“Hulu Terengganu masih mempunyai 2,538 mangsa daripada 736 keluarga yang ditempatkan di 12 PPS,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu berkata, seramai 308 mangsa daripada 72 keluarga masih berada di empat PPS di Dungun.

Banjir besar yang melanda Terengganu pada Jumaat lalu telah menjejaskan hampir 18,000 penduduk dari kesemua lapan daerah di negeri ini.

Kejadian aliran puing membawa sisa timbunan kayu mati, pokok dan sampah turut menjejaskan beberapa perkampungan di Hulu Terengganu. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment