Translate

Monday, March 7, 2022

Banjir Terengganu pulih sepenuhnya

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Gelombang kelima banjir yang melanda kesemua lapan daerah di Terengganu sejak 25 Februari lalu telah pulih sepenuh hari ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu berkata, kesemua empat pusat pemindahan sementara (PPS) di Hulu Terengganu yang masih dibuka sebelum ini ditutup secara rasmi pada pukul 1 tengah hari.

“Banjir yang masih melanda beberapa kawasan di daerah Hulu Terengganu sebelum ini telah pulih sepenuhnya.

“Sehubungan itu, kesemua baki 678 mangsa daripada 232 keluarga terbabit telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu berkata, begitupun hujan renyai masih turun di sebahagian tempat di negeri ini.

Kosmo! 26 Februari lalu melaporkan gelombang banjir kelima melanda Terengganu bermula dengan Kemaman pada Jumaat minggu lalu sebelum merebak ke kesemua tujuh daerah lain pada dua hari kemudian.

Gelombang banjir selama lapan hari itu melibatkan hampir 18,000 penduduk Terengganu dengan Hulu Terengganu paling teruk terjejas.

Kejadian aliran puing yang berada di daerah ini menyebabkan banyak kejadian cerun dan tanah runtuh selain banjir lumpur yang menenggelamkan rumah penduduk. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment