Translate

Tuesday, March 8, 2022

Mangsa banjir Terengganu menurun 15,317 orang

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Mangsa banjir di Terengganu menurun kepada 15,317 orang daripada 4,011 keluarga yang berada di 68 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negeri ini.

Jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Terengganu berkata, Marang dan Besut pulih selepas semua PPS di dua daerah terbabit ditutup sepenuhnya.

“Kemaman kekal paling terjejas dengan merekodkan seramai 7,726 mangsa daripada 1,960 keluarga yang ditempatkan di 19 PPS.

“Seramai 3,999 mangsa daripada 1,016 keluarga masih ditempatkan di 18 PPS di Hulu Terengganu,” katanya di sini hari ini.

Sebanyak 23 PPS masih dibuka di Dungun dengan 2,696 daripada 792 keluarga masih ditempatkan di daerah tersebut.

“Seramai 451 mangsa pula masih ditempatkan di tiga PPS di Kuala Terengganu. Kuala Nerus pula masih mempunyai 438 mangsa yang ditempatkan di empat PPS.

“Setiu pula semakin pulih dengan tujuh sekeluarga masih ditempatkan di satu PPS,” katanya. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment