Translate

Monday, January 3, 2022

Mangsa banjir Terengganu berkurangan kepada 165 orang

Oleh MOHD AZLI ADLAN

DUNGUN – Banjir di daerah dan Kemaman semakin surut membolehkan sebahagian mangsa banjir yang menghuni pusat pemindahan sementara (PPS) pulang ke rumah masing-masing pada petang ini.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu, Mohd. Rosman Abdullah berkata, mangsa banjir di kedua-dua daerah berkenaan telah menurun kepada 165 orang daripada 49 keluarga.

“Dua PPS di Dungun iaitu Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja dan Dewan Orang Ramai Kampung Shukor masing-masing masih mempunyai 68 dan 18 mangsa.

“Kebanyakan penduduk yang menghuni kedua-dua PPS tersebut telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing setelah banjir surut tadi,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Rosman berkata, bilangan mangsa yang ditempatkan di PPS Surau Kampung Ban Ho juga telah berkurangan kepada 10 orang daripada dua keluarga.

Dalam pada itu, beliau berkata, hujan renyai masih turut di kebanyakan tempat di Terengganu.

“Kita juga bersedia untuk menghadapi fenomena air pasang besar setinggi 3.7 meter pada lusa,” katanya. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment