Translate

Thursday, January 6, 2022

Banjir akibat air pasang besar di Kemaman

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KEMAMAN – Fenonema air pasang besar pada malam ini menyaksikan beberapa kawasan yang terletak berhampiran pesisir pantai dan muara sungai di daerah ini mula dinaiki air.

Beberapa perkampungan seperti Kampung Pangkalan Pandan dan Kampung Tanjung Mak Tat terjejas akibat fenomena terbabit.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu, Mohd. Rosman Abdullah berkata, setakat ini, sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) telah diaktifkan.

“Sebuah PPS dibuka iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Geliga pada pukul 9 malam tadi melibatkan 10 mangsa daripada dua keluarga sudah mula berpindah masuk ke PPS berkenaan,” katanya di sini semalam.

Mohd. Rosman berkata, langkah berjaga-jaga diambil memandangkan hujan turun di sebahagian kawasan di negeri.

Beliau berkata, fenomena air pasang besar yang melanda Kemaman pada malam ini setinggi 3.7 meter. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment