KUALA NERUS – Satu mayat yang sudah mereput ditemui di Pantai Mengabang Panjang di sini hari ini oleh seorang penduduk yang kebetulan melalui kawasan pesisir pantai berkenaan kira-kira pukul 8 pagi.
Abdul Wahab Che Musa, 63, berkata, sewaktu kejadian, dia dalam perjalanan pulang selepas bersarapan di sebuah kedai makan berhampiran sebelum sebelum terlihat ternampak mayat reput itu kira-kira 500 meter dari gigi pantai.
“Penemuan mayat tersebut segera dimaklumkan kepada pihak berkuasa dengan bantuan seorang sepupu dan berdasarkan keadaan yang hampir reput, dia percaya mayat itu sudah meninggal dunia beberapa hari lalu sebelum dihanyutkan ombak ke pantai tersebut,”,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din berkata, mayat tersebut telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk dibedah siasat. – K! ONLINE
No comments:
Post a Comment