Translate

Thursday, January 6, 2022

Banjir Terengganu surut sepenuhnya

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Gelombang ketiga banjir yang melanda Terengganu sejak Khamis lalu pulih sepenuhnya sebentar tadi.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu, cuaca baik sepanjang semalam membolehkan banjir yang melanda dua perkampungan di Hulu Dungun surut sepenuhnya.

“Dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih dibuka sebelum ini iaitu Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja dan Dewan Orang Ramai Kampung Shukor dibenar menutup operasi pada pukul 12 tengah hari tadi.

“Seramai 137 mangsa daripada 42 keluarga yang menghuni kedua-dua PPS berkenaan sebelum ini telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Rosman berkata, gelombang banjir ketiga yang melanda Terengganu selama empat hari itu hanya menjejaskan dua daerah iaitu Dungun dan Kemaman.

Tambah beliau, ia melibatkan kira-kira 451 penduduk yang menetap di empat perkampungan di Hulu Dungun dan Hulu Kemaman.

“Begitupun kita tetap waspada berikutan ancaman fenomena air pasang besar malam ini.

“Monsun Timur Laut yang melanda negara ini khususnya Pantai Timur juga akan berlanjutan sehingga bulan Mac depan,” katanya. – K! ONLINE.

No comments:

Post a Comment