Translate

Monday, January 3, 2022

Banjir: Terengganu meningkat 451 mangsa

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Mangsa banjir di Terengganu terus meningkat kepada 451 orang melibatkan dua daerah iaitu Dungun dan Kemaman.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu, Mohd. Rosman Abdullah berkata, satu lagi perkampungan di Hulu Dungun dinaiki banjir iaitu Kampung Minda.

“Sehubungan itu, pusat pemindahan sementara (PPS), Dewan Org Ramai Kampung Minda telah dibuka dan setakat ini telah menempatkan 18 mangsa daripada lima keluarga.

“PPS Kampung Pasir Raja kekal dengan 165 mangsa daripada 55 keluarga manakala seramai 255 mangsa daripada 60 keluarga pula ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Shukor,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Rosman berkata, banjir di Kemaman setakat ini hanya menjejaskan Kampung Ban Ho.

Tambahnya, seramai 43 mangsa daripada lapan keluarga berada di PPS Surau Kampung Ban Ho. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment