Translate

Tuesday, January 4, 2022

Mangsa banjir Terengganu meningkat kepada 433 orang

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Mangsa banjir di Terengganu terus meningkat kepada 433 orang daripada 123 keluarga selepas gelombang ketiga bencana itu mula merebak ke daerah Kemaman pada petang tadi.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu, Mohd. Rosman Abdullah berkata, setakat ini, Kampung Ban Ho yang terletak di Hulu Kemaman telah dinaiki banjir.

“Seramai 43 mangsa daripada lapan keluarga mula dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Surau Kampung Ban Ho.

“Banjir yang melanda daerah Dungun pada semalam masih belum surut dan telah menjejaskan 390 penduduk Kampung Pasir Raja dan Kampung Shukor,” katanya di sini semalam.

Mohd. Rosman berkata, PPS Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja menempatkan 165 mangsa daripada 55 keluarga manakala 225 mangsa daripada 60 keluarga pula berada di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Shukor.

Beliau berkata, berdasarkan ramalan cuaca, hujan dijangka turun berterusan di kebanyakan kawasan di negeri ini sehingga esok. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment