Translate

Monday, January 3, 2022

Banjir : 50 terkorban, dua masih hilang

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

DUNGUN – Bencana banjir yang melanda negara sejak 18 Disember lalu telah mengorbankan 50 nyawa.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, dua lagi mangsa yang dilaporkan hilang pula masih belum ditemui setakat ini.

“Kedua-dua mangsa banjir itu dilaporkan hilang di Telemong dan Bentong, Pahang,” katanya selepas memantau koordinasi agensi keselamatan dan penyelamatan banjir Pos Kawalan Tempat Kejadian Jongok Batu di sini hari ini.

Dalam pada itu, Acryl Sani memberitahu, dua pondok polis masing-masing terletak di Pekan dan Jerantut, Pahang juga telah ditenggelami banjir hari ini.

Begitupun beliau memberitahu, banjir yang menenggelami kedua-dua pondok polis dilaporkan telah surut pada pukul 12 tengah hari tadi dan kerja-kerja pembersihan sedang giat dijalankan.

Sementata itu, Acryl Sani berkata, beliau sangat berpuas hati dengan koordinasi diketuai PDRM dalam pengoperasian bencana banjir setakat ini.

“Berdasarkan maklum balas yang saya terima daripada ketua-ketua polis negeri, semua persiapan telah dilakukan mengikut perancangan.

“Kerjasama antara pelbagai agensi yang terlibat dalam pengoperasian banjir ini juga berlangsung dengan baik,” katanya. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment