Translate

Tuesday, January 11, 2022

Hanya harap duit JKM jaga tiga anak OKU

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

MARANG – Biasanya pada usia warga emas, ibu bapa dijaga anak-anak, namun sebaliknya yang berlaku buat pasangan Wan Idris Musa, 67, dan Rosnani Omar, 68.

Mereka masih perlu menjaga tiga anak yang kini berusia 30-an dengan sepenuh perhatian memandangkan kesemua­nya merupakan golongan orang kelainan upaya (OKU).

Wan Idris berkata, dua anak perempuannya, Wan Nurul Izzati, 34, dan Wan Zulaika, 38, lumpuh daripada paras pinggang sejak kecil akibat penyakit saraf.

“Kedua-duanya tidak boleh menguruskan diri sendiri. Saya dan isteri perlu membantu mereka termasuk membuang air kecil dan besar, mandi serta makan.

“Wan Nurul Izzati dan Wan Zulaika juga memakai lampin pakai buang setiap masa,” katanya ketika ditemui di Kampung Batangan di sini baru-baru ini.

Wan Idris berkata, anak lelakinya pula, Wan Ahmad Zaki, 32, pula menghadapi masalah mental sejak berusia 15 tahun menyebabkan anaknya itu boleh menjadi agresif dan sukar dika­wal bila-bila masa.

“Sehubungan itu, saya dan isteri perlu memerhatinya selalu selain memastikannya mengambil ubat yang dibekalkan mengikut masa ditetapkan,” katanya.

Wan Idris berkata, tumpuan yang perlu diberikan kepada ketiga-tiga anaknya tersebut selain faktor usia menyebabkan dia dan isteri tidak boleh bekerja untuk mencari rezeki.

Sebaliknya, mereka bergantung semata-mata dengan bantuan Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) berjumlah keseluruhan RM1,300 sebulan.

Orang ramai yang bersimpati boleh menghulurkan bantuan menerusi akaun bank CIMB milik Wan Idris bernombor 7048-9921-92 atau menghubunginya di talian 011-70307303. -K! ONLINE

No comments:

Post a Comment