Translate
Tuesday, February 26, 2013
Royal Belum World Drums Festival jadi acara nasional tahun depan
Oleh MOHD. AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my
IPOH - Kejayaan penganjuran Royal Belum World Drums Festival 2013 menarik perhatian Kementerian Pelancongan untuk mengangkat acara anjuran kerajaan negeri Perak itu sebagai acara nasional tahun depan.
Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak, Musa Dun berkata, acara persembahan dram bertaraf antarabangsa tersebut bakal disenaraikan di dalam Kalendar Tahun Melawat Malaysia 2014.
"Kejayaan penganjuran dua edisi Royal Belum World Drums Festival sejak 2012 berjaya menarik minat banyak pihak.
"Edisi tahun ini berjaya menarik lebih ramai pengunjung berbanding dengan penganjuran kali pertama pada tahun lalu," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.
Musa menganggarkan lebih 20,000 termasuk pelancong asing menyaksikan Royal Belum World Drums Festival 2013 sepanjang lima hari acara itu berlangsung.
Malam Gala Royal Belum World Drums Festival 2013 yang diadakan secara gilang-gemilang di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di sini kelmarin telah berjaya menarik kehadiran lebih 10,000 pengunjung.
Festival dianjurkan oleh kerajaan negeri Perak melalui Tourism Perak dan diuruskan oleh Kilatan Unggul EZ Events Sdn. Bhd.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment