Translate
Friday, February 15, 2013
Perak tuan rumah Pesta Kebudayaan Cina
IPOH - Dewan Perhimpunan Cina Perak dengan kerjasama kerajaan negeri Perak akan menganjurkan Pesta Kebudayaan Cina peringkat kebangsaan pada September depan.
Timbalan Pengerusi Dewan Perhimpunan Cina Perak , Chai Wai Keong berkata, program yang bakal dimasukkan dalam kalendar pelancongan negeri pada 2013 itu bakal melibatkan penyertaan ribuan ahli Dewan Perhimpunan Cina dari seluruh negara.
"Sebanyak 30 acara kebudayaan Cina seperti tarian, kaligrafi, nyanyian, makanan dan opera telah diatur sepanjang program tiga hari bermula 20 September 2013 tersebut," katanya selepas menghadiri sambutan Tahun Baru Cina anjuran Dewan Perhimpunan Cina Perak di sini baru-baru ini.
Labels:
Bersama Masyarakat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment