SYUKUR. Seramai 700 penduduk Kubu Gajah menerima Bantuan Rakyat
1Malaysia (BR1M) 2.0 di Dewan Orang Ramai Kampung Tersusun, Kubu Gajah,
Selama, Perak baru-baru ini.
Baucar BR1M sebanyak RM500 setiap keluarga tersebut disampaikan Ahli
Dewan Undangan Negeri Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Omar.
Beliau berkata, pemberian bantuan untuk keluarga berpendapatan
RM3,000 ke bawah di kawasan tersebut melibatkan peruntukan RM350,000.
"Pemberian bantuan berkenaan buat kali kedua bukti keprihatinan
kerajaan Barisan Nasional pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak terhadap kebajikan rakyat," katanya.
No comments:
Post a Comment