UKHWAH. Seramai 400 penduduk menghadiri majlis sambutan Jubli Emas
sempena sambutan 50 tahun penubuhan Masjid Ibnu Salam, Pengkalan Pegoh,
Ipoh baru-baru ini.
Sambutan penuh kesyukuran itu dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Pelbagai program keagamaan dan kemasyarakatan diatur sempena majlis
sambutan tersebut yang turut dihadiri Orang Besar Jajahan Kinta, Datuk
Seri Abdullah Che Wan.
Jamil Khir berharap Masjid Ibnu Salam terus diimarahkan oleh penduduk
setempat terutama generasi muda selain menjadikan sirah Rasulullah
s.a.w yang penuh dengan pengajaran sebagai dijadikan panduan melayari
kehidupan.
No comments:
Post a Comment