BERAMAL. Kumpulan AmBank bergotong-royong membersih dan mengecat
rumah anak-anak yatim, Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Darul Aitam
(Busarah), Temoh, Tapah baru-baru ini.
Pengarah Wilayah Utara Kumpulan AmBank, Ong Gaik Leng berkata,
sebanyak 30 kakitangan Ambank dari seluruh Perak menyertai aktiviti
tanggungjawab sosial korporat tersebut.
Beliau berkata, pihaknya turut membeli kipas angin baharu selain
membaiki panel tingkap rumah kebajikan yang dihuni 50 anak yatim yang
majoritinya terdiri daripada orang kelainan upaya.
"Kami juga menyumbang wang tunai RM24,000 serta barangan keperluan
lain seperti makanan, tuala, cadar, permaidani dan bahan pencuci kepada
rumah anak-anak yatim itu," katanya.
No comments:
Post a Comment