IKTIRAF. Seramai sepuluh individu menerima penghargaan sempena
sambutan ulang tahun ke-10 Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) di
Behrang, Perak baru-baru ini.
Pengarah PSAS, Mohamad Amin Hamat berkata, semua individu tersebut
diraikan kerana mereka telah memberi sumbangan besar dalam memajukan
politeknik itu sejak mula ditubuhkan pada awal tahun 2002.
Katanya, antara penerima ialah bekas pengarah pertama PSAS,
Kamaruddin Hamzah, Pengerusi Persatuan Penduduk Behrang 2020, Kamarul
Beharim Lasa dan Penghulu Mukim Slim River, Mohamed Rashid Mohamed
Hasan.
Kesemua mereka menerima sijil penghargaan yang disampaikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
No comments:
Post a Comment