Translate

Tuesday, October 27, 2026

Khairuddin bawa semangat MN

 

Oleh MOHD. AZLI ADLAN 

KUALA NERUS – Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali membawa panji perjuangan Muafakat Nasional (MN) bagi mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Nerus atas tiket Ba risan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). 

Bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas itu berkata, ia bertepatan dengan keputusan BN yang memilihnya sebagai calon atas semangat perpaduan. 

“Saya konsisten dengan pendirian dibuat Majlis Syura Ulama Pas sewaktu saya masih menjadi Setiausahanya (iaitu) mesti menghalang kemaraan dan kemenangan parti Pakatan Harapan (PH). 

“Kuala Nerus adalah kerusi panas Muafakat Nasional (MN). Apa yang saya perjuangkan selama ini demi muafakat (orang Islam),” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan kuliah agama di Surau Kampung Baru Seberang Takir di sini kelmarin. 

Mohd. Khairuddin berkata, bagi menyekat kemaraan PH, beliau berazam menyumbang satu kerusi iaitu Kuala Nerus kepada BN di peringkat Parlimen.

Bekas Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi itu menekankan, hanya BN yang mempunyai kekuatan besar di peringkat akar umbi boleh menyekat kemenangan PH pada  PRU15 nanti.

 “Walaupun saya berasal dari pada Pas, saya sedar kekuatan Pas tidak sebesar BN. Ini terbukti pada PRU14.

 “Kalau kita hendak menghalang PH menjadi kerajaan, tiada cara lain selain mesti bersama BN,” katanya. 

Mohd. Khairuddin berkata, rata-rata rakyat sedar tentang kelemahan PH sepanjang 22 bulan gabungan itu memerintah negara dan tidak mahu ia berulang semula. 

Sehubungan itu, beliau mempertaruhkan perkhidmatannya yang komited menjaga kebajikan rakyat sejak sembilan tahun menjadi Ahli Parlimen Kuala Nerus untuk penilaian para pe ngundi. 

“Saya juga berterima kasih kepada BN, khususnya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku Pengerusinya kerana telah me milih saya (sebagai calon Parli men Kuala Nerus).

“Sebagai permulaan, saya akan mengadakan pertemuan dengan peringkat akar umbi BN, khusus nya ketua-ketua cawan gan (UMNO Bahagian Kuala Nerus) sebelum penamaan calon esok (hari ini),” katanya.

No comments:

Post a Comment