BESUT – Lebih 2,000 penduduk membantah projek pembinaan resort mewah di sebuah teluk yang terletak di Pulau Perhentian Besar di sini.
Pengerusi Persatuan Penduduk Pulau Perhentian, Zainuddin Mohamad berkata, projek menelan belanja RM500 juta itu bakal dibina di kawasan seluas 42 hektar yang strategik dan signifikan kepada warga tempatan.
Katanya, teluk berkenaan merupakan satu-satunya ka wasan pantai berlandai yang ada di Pulau Perhentian.
“Ia mempunyai tapak pendaratan helikopter yang amat penting bagi pengagihan ma kanan dan kes kecemasan, teru tama pada musim tengkujuh.
“Tiada lokasi lagi di Pulau Per hentian yang sesuai untuk dijadikan tapak pendaratan helikopter kerana struktur pulau ini yang berbukit bakau,” katanya selepas mengetuai kira-kira 50 penduduk berdemonstrasi secara aman di hadapan tapak projek itu di sini semalam.
Katanya, ketiadaan tapak pendaratan helikopter itu bakal mengancam kebajikan penduduk pada setiap musim tengkujuh.
Ujarnya, ini kerana sepanjang musim tersebut, mereka tiada mempunyai akses pengangkutan lain kerana perkhidmatan bot dihentikan sementara berikutan ombak tinggi dan laut bergelora.
“Teluk ini juga satu-satunya pantai awam yang masih boleh diakses penduduk, terutama anak-anak kami untuk beriadah dan mengadakan perjumpaan keluarga,” katanya.
Zainuddin berkata, beliau di fahamkan, projek pembinaan re sort mewah terbabit diluluskan kepada sebuah syarikat swasta gergasi lebih enam bulan lalu.
Ujarnya, kerja-kerja permulaan dan pemasangan papan tanda di tapak projek sudah ber mula kira-kira tiga bulan lalu.
“Kawasan itu kini menjadi tanah persendirian dan menjadi tempat larangan bagi kami. “Kami bukan menentang pembangunan, tetapi biarlah mengambil kira kepentingan penduduk setempat,” katanya.

No comments:
Post a Comment