Oleh MOHD. AZLI ADLAN
HULU TERENGGANU – Usaha kerajaan untuk menggalakkan transaksi tanpa tunai di kawasan luar bandar semakin menampakkan hasil apabila seramai 6,700 peniaga menyertai Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (Redi).
Timbalan Menteri Perdagan gan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid berkata, penyertaan tersebut menghampiri sasaran 15,000 peniaga luar bandar menjelang akhir tahun ini.
“Kita menggalakkan transaksi tanpa tunai ditingkatkan dalam urusan jual beli di kawasan luar bandar menerusi penggunaan aplikasi eDompet.
“Ia memberi banyak kelebi han kepada kedua-dua pihak peniaga dan pengguna,” katanya selepas melancarkan program Redi di Pasar Tani Kuala Ping di sini semalam.
Seramai 30 peniaga pasar tani tersebut mendaftar dengan prog ram Redi sekaligus mula mena warkan perkhidmatan transaksi tanpa tunai gerai jualan masing masing.
Rosol berkata, pengguna luar bandar perlu didedahkan dengan penggunaan transaksi tanpa tunai yang lebih mudah, cepat dan selamat.
Tambah beliau, transaksi sama juga memudahkan golo ngan peniaga mengemas kini akaun perniagaan masing-masing.
" Ia memudahkan urusan mereka untuk mendapatkan pembiayaan bagi membesarkan perniagaan dengan pihak bank.
“Sebelum ini, ketiadaan akaun perniagaan yang tersusun dan kemas kini merupakan antara sebab utama permohonan pinja man peniaga ditolak pihak bank,” katanya.

No comments:
Post a Comment